Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sejarah Brunei Tarik Perhatian Tentera Nasional Indonesia
‚Äč

Khamis, 19 Disember 2019 - Seramai 12 anggota Akademi Militer Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Darat (AKMIL TNI-AD) hari ini mengadakan lawatan singkat ke Pusat Sejarah Brunei. Rombongan yang dikendalikan oleh Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) itu tadi dialu-alukan oleh Ketua Pameran, Siti Zubaidah binti Haji Ahmadin.

Rombongan dibawa melawat ke dewan Pameran Koleksi Manuskrip Borneo, Pameran Sejarah Brunei Tua, Pameran Legasi Payung Negara, Pameran Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dan berakhir di Pameran Era Kegemilangan Brunei.


Gambar: Pg Siti Norbaya

Menurut salah satu anggota rombongan AKMIL TNI-AD, lawatan singkat ini sangat berharga dan mereka dapat menimba banyak pengetahuan tentang sejarah Brunei serta kedaulatannya sebagai sebuah negara yang dinaungi oleh seorang raja yang adil dan berlandaskan ajaran Islam.

Rombongan turut tertarik dengan khazanah negara iaitu koleksi-koleksi manuskrip Borneo dan dewan pameran Perlembagaan Negeri Brunei 1959 yang mana dewan pameran ini mempamerkan suasana dan informasi penubuhan perlembagaan negeri ke arah berkerajaan sendiri.
Attachments
Created at 12/19/2019 1:30 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 12/19/2019 4:10 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali