Seramai 20 lepasan graduan yang mengikuti Program Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah Sesi 3, 2019 anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri telah mengikuti Projek Rintis Penterjemahan Manuskrip selama 3 bulan bermula 2 Disember 2019 hingga 2 Mac 2020. Projek ini sebagai nilai tambah dalam memberikan ilmu dan kemahiran asas kepada lepasan graduan tersebut.