Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSejarah Ringkas

1982 - Ditubuhkan pada 26 Januari  1982 atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
            Seri Baginda Sultan  Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Memorandum 
            Menteri Besar Brunei, Bilangan: SUK.06/84/92 bertarikh 26 Januari 1982.
         - Berpejabat sementara di Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di Jalan Elizabeth II, Bandar  
            Seri Begawan.
1984 - Diletakkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
1985 - Berpindah ke bekas Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Jalan Stoney,  
            Bandar Seri Begawan.
1987 - Berpindah ke Bangunan Pusat Sejarah Brunei yang baru dibina di kawasan bekas bangunan
            Pejabat Pelajaran Brunei di Jalan Stoney, Bandar Seri Begawan.              
1988 - Bangunan baru Pusat Sejarah Brunei dirasmikan.
2005 - Perletakan Batu Asas bagi bangunan tambahan Pusat Sejarah  Brunei.
2007 - 25 tahun penubuhan Pusat Sejarah Brunei.
2008 - Bangunan tambahan Pusat Sejarah Brunei telah mula  digunakan secara berperingkat.
2009 - Bangunan tambahan Pusat Sejarah Brunei telah digunakan sepenuhnya.
2012 - Kedai Buku Pusat Sejarah Brunei dirasmikan.
2013 - Bangunan bekas flat kerajaan Anggerek Desa telah diubah suai untuk menempatkan 
            Bahagian Pusat Pengkajian Borneo, Pusat Sejarah Brunei. Bangunan ini terletak di Blok 31, 
            Anggerek Desa, Simpang 394, Jalan Berakas.
2013 - Galeri Pameran Koleksi Manuskrip Borneo  dan Galeri Pameran Salasilah dirasmikan.
2014 - Galeri Pameran Sejarah Awal Brunei dan Galeri Era Kegemilangan Brunei dirasmikan.
2018Galeri Pameran Perlembagaan Negeri Brunei 1959 di Lapau Lama dibuka untuk kunjungan 
             orang ramai.

PSB.jpg
pic-sejarah3-b.jpg
brunei-history-center.jpg