The Government of Brunei Darussalam
 
1.
Menyelidik, mengkaji, menyusun dan mendokumentasi perolehan penyelidikan daripada segala aspek persejarahan Brunei, terutama mengenai susur galur keluarga Diraja dan sejarah Sultan-Sultan Brunei, Pembesar-Pembesar dan Orang-Orang Ternama yang Perwira berlandaskan aspirasi negara supaya penghasilan bahan-bahan yang didapati daripada usaha ini berfaedah kepada pengkajian, rujukan dan penerbitan.
2.
Mengumpul, menyimpan dan mengusahakan penemuan semula bahan-bahan dan rekod-rekod persejarahan Brunei di dalam dan di luar negara, di samping mengusahakan penyimpanan bahan-bahan sejarah secara bersistematik melalui kemudahan teknologi maklumat (IT) supaya dapat memberikan informasi dan maklumat yang berfaedah kepada rakyat dan penduduk negara ini, terutamanya kepada generasi muda yang dihasratkan agar sentiasa peka dan memahami akan kepentingan sejarah dalam pembangunan dan perkembangan negara, bangsa.
3.
Menjadikan hasil perolehan sumber kajian dan penyelidikan sejarah Brunei sebagai bahan rujukan untuk penulisan dan penerbitan supaya maklumat dan pengetahuan yang diperolehi itu dapat disebarluaskan kepada umum bagi memberi gambaran fakta yang sebenar mengenai sejarah negara dan bangsa Brunei agar tidak diselewengkan oleh penulis-penulis asing.
4.
Mengadakan pameran (visualisasi) persejarahan Brunei dari satu zaman ke satu zaman supaya mudah difahami dengan jelas isi kandungannya agar semangat keberuneian yang berbalankan taat setia dan perasaan kasih sayang kepada Raja yang telah dipusakai turun-menurun oleh rakyat dan penduduk Brunei ini akan sentiasa subur dan kukuh sehingga dapat menimbulkan rasa kesedaran berbangsa dan bernegara.
5.
Segala kesan persejarahan yang bersangkutan dengan Brunei akan diselidiki dan dikaji untuk dikumpul dan didokumentasi supaya maklumat yang didapati itu menggambarkan persejarahan Brunei yang sebenar dan tidak dapat diselewengkan kesahihannya.