Liku-liku Perjuangan Pencapaian Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam
 
Buku Liku-Liku Perjuangan Pencapaian Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam ini disusun untuk menggambarakan keadaan Brunei zaman lampau dan perakara-perkara yang berlaku dalam jangka waktunya termasuk hal-ehwal negara-negara yang mempunyai hubungan dengannya supaya dapat diketahui yang mempunyai hubungan dengannya supaya dapat diketahui dan difahami selok-belok perkara yang berlaku itu menurut kefahaman sebenarnya termasuk nilai harga usaha perjuangan yang telah disumbangkan oleh datuk-nenek kita dalam pencapaian kemerdekaan Negara Brunei Darussalam.

Mukadimah buku ini menyorot secara ringkas sejarah Brunei sejak K.M. VI hingga penandatangan Perjanjian 1906 sebagai titik tolak kea rah pencapaian kemerdekaan Negara Brunei Darussalam yang dimasyhurkan pada 11 Januari 1984. Diikuti bab pertama yang mendedahkan sejarah awal kebangkitan semangat nasionalisma anak jati Brunei dalam mempertahankan kedaulatan raja, agama, bangsa dan tanah air. Bab kedua membicarakan mengenai kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dalam membangun Brunei dan seterusnya penglibatan baginda dalam pencapaian kemerdekaan Negara Brunei Darussalam.

Bab ketiga menghuraikan tentang penubuhan Perlembagaan Bertulis Negeri Brunei 1959 serta cabaran dan rintangna yang dihadapinya. Seterusnya bab keempat mendedahkan peristiwa berdarah yang mengorbankan banyak jiwa oleh mereka yang dikenali sebagai TNKU alias PRB. Bab kelima pula, membicarakan mengenai persediaan Brunei mengharungi era kemerdekaan, pemasyhuran kemerdekaan dan penggambungan Negara Burnei Darussalam dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

Maka sesuai dengan sifatnya sebagai bahan bacaan atau rujukan umum, penulisan buku ini menghaapkan ilmuan dan peminat sejarah tanah air bekerjasama meneliti, menyelidik, membahas dan menulis untuk melahirkan fakta sejarah yang sahih dan tulen bagi faedah rujukan dan pembelajaran yang baik kepada yang berkenaan mengenai persejarahan Brunei Darussalam.