The Government of Brunei Darussalam
 
1.
Menyelidik dan menyusun Susur-Galur Keluarga Diraja dan sejarah Sultan-Sultan.
2.
Menyelidik dan menyusun riwayat Pembesar-Pembesar dan Orang-Orang Yang Ternama Yang Perwira di dalam Negara Brunei Darussalam.
3.
Mengumpul dan menyimpan bahan-bahan sejarah Brunei dan yang berkaitan dengannya untuk pengkajian, rujukan dan dibukukan.
4.
Mengusahakan penemuan semula kesan-kesan sejarah bagi mengetahui kandungan untuk dijadikan sumber pengkajian.
5.
Mengumpulkan hasil-hasil penulisan sejarah mengenai Brunei untuk simpanan dan kajian serta penyelarasan bagi sebarang penyelewengan dari perkara-perkara yang sebenar.
6.
Mengadakan pameran yang berhubung dengan persejarahan Brunei untuk memberi kefahaman kepada orang terhadap perkembangan sejarah tanah air.
7.
Memperkenalkan kemasyhuran dalam sejarah kepada umum sama ada di dalam mahupun di luar negeri.