The Government of Brunei Darussalam
 
Perkhidmatan dan Kemudahan
 
Perpustakaan & Rekod - Pusat Sejarah mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja untuk membuat penyelidikan dan rujukan ke Perpustakaan dan Rekod. Mereka perlu memohon kebenaran bertulis kepada Pengetua Pusat Sejarah.
 
 
Salinan Foto (Gambar-Gambar) - Permohonan bagi mendapatkan salinan foto (gambar-gambar) boleh disediakan tertakluk kepada Pengetua Pusat Sejarah dengan syarat semua kos pembiayaannya akan ditanggung oleh pemohon.
 
Pameran Bergerak - Permohonan bagi mengadakan pameran dan perkhidmatan dalam hal-hal pameran hendaklah menghadapkannya kepada Pengetua Pusat Sejarah tidak kurang daripada tiga bulan sebelum tarikh pameran berkenaan diadakan.
 
Lawatan - Orang ramai dialu-alukan untuk melawat ke Pameran Pusat Sejarah pada waktu-waktu pejabat. Permohonan bagi mengadakan lawatan rasmi hendaklah dihadapkan kepada Pengetua Pusat Sejarah Brunei.
 
Kedai Buku - Kedai buku Pusat Sejarah menjual bahan-bahan terbitan Jabatan dalam bentuk buku, jurnal, dan majalah. Waktu perniagaan adalah pada waktu-waktu pejabat.
 

.

 
Klik dan Cetak Borang-Borang