The Government of Brunei Darussalam
 
1.
Mengadakan penyelidikan dan pengumpulan bahan-bahan sumber sejarah Brunei ke tempat-tempat yang dikenal pasti dapat memberi maklumat melalui pertukaran dan kerjasama dengan institusi-institusi sejarah dalam dan luar negara.
2.
Meningkatkan ilmu pengetahuan pegawai-pegawai dan kakitangan yang berkebolehan dalam bidang sejarah dan tugas-tugas khusus mereka serta memberikan peluang untuk mereka berkursus melalui kemudahan-kemudahan latihan yang dihulurkan pada masa ini.
3.
Memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada pegawai dan kakitangan yang diperlukan oleh PSB  dengan mendatangkan pakar.
4.
Mengadakan usaha-usaha berkesan untuk mengawal dan membetulkan penyelewengan penulisan sejarah Brunei supaya selaras dengan aspirasi negara (Brunei-sentrik)..
5.
Merancang dan mengenal pasti keperluan Sumber Tenaga Manusia (HRD) yang masih kurang dalam bidang-bidang khusus dengan sejarah dan kerja-kerja yang berkaitan dengannya bagi menangani dasar penubuhan PSB.
6.
Mengadakan kemudahan Teknologi Maklumat (IT) secara berperingkat-peringkat bagi keperluan perhubungan penyelidikan dengan luar negara; kemudahan bagi para penyelidik; dan penyimpanan bahan-bahan sejarah, dokumen-dokumen, salasilah, data-data dan rekod sumber yang teratur secara berkomputer supaya mudah dirujuk.
7.
Mengadakan usaha-usaha yang berterusan bagi mengumpul dan menyelidik bahan-bahan sejarah Brunei di dalam dan di luar negara untuk dijadikan sebagai bahan sumber penyelidikan dan penulisan.
8.
Mengadakan peraduan menulis rencana./buku bagi memperbanyakkan sumber rujukan dan sebagai dorongan kepada orang ramai untuk sama-sama meminati bidang pengkajian sejarah tempatan.
9.
Mengadakan projek/kegiatan seperti ceramah, seminar, forum, kursus atau bengkel yang berkaitan dengan persejarahan Brunei.
10.
Mengadakan pameran kekal, berkala dan bergerak mengenai persejarahan Brunei.
11.
Menerbitkan hasil-hasil penulisan (dalam bahasa Melayu, Inggeris dan lain-lain) mengenai persejarahan Brunei dalam bentuk buku, Jurnal, majalah dan risalah untuk pemberigaan maklumat, rujukan dan pemasaran.
12.
Memperlbagaikan sumber, termasuk gambar-gambar peristiwa dan tempat bersejarahan dalam bentuk digital.
13.
Meluaskan keahlian PSB dengan  badan atau organisasi di peringkat serantau dan antarabangsa.