Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan Royal Guard Bahrain
 

​   

Sabtu, 06 Ogos 2022 - Rombongan Eksesais Hamad Storm 2022 di antara Rejimen Pasukan Khas, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (RPK ABDB) bersama Royal Guard Special Forces (RGSF) Royal Guard Bahrain (RGB) dari Negara Bahrain mengadakan program lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei.
 
Lawatan bertujuan bagi mendedahkan kepada para Pasukan Khas dari Negara Bahrain untuk mempelajari tentang sejarah yang telah berlaku di Negara Brunei Darussalam dan bahan yang dipamerkan di galeri-galeri Pusat Sejarah Brunei.
 
Rombongan dialu-alukan oleh Awang Syahmi bin Halimshah, Pegawai Sejarah Kanan. Program lawatan diteruskan dengan lawatan ke galeri-galeri.

Rombongan seramai 40 orang ini terdiri daripada 14 anggota ABDB dan 26 anggota RGB diketuai oleh Mejar Hafizan bin Haji Moksin.
Attachments
Created at 10/1/2022 10:51 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/1/2022 10:51 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali