Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Kembara Sejarah: Sekolah Stella

Lebih banyak gambar di sini

Rabu, 05 Oktober 2022 - Pusat Sejarah Brunei pagi hari ini mengadakan Program Kembara Sejarah ke Sekolah Stella. Seperti sebelumnya, melalui program ini Pusat Sejarah Brunei akan mengunjungi beberapa institusi pendidikan kerajaan dan swasta yang terpilih untuk memberigakan pengetahuan sejarah kepada warga sekolah khususnya.


Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah bagi memberkati perjalanan program. Acara diteruskan dengan kata aluan daripada guru besar sekolah berkenaan, Teacher Lise K. Lee, diikuti dengan kata aluan daripada wakil Pusat Sejarah Brunei, Yang Mulia Siti Zubaidah binti Haji Ahmadin, Pegawai Sejarah.

Warga sekolah kemudiannya berkesempatan mendengarkan taklimat "Kenali Sejarah Kitani" yang disampaikan oleh Yang Mulia Hajah Siti Aisah binti Pungut, Pegawai Sejarah Kanan.

Pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh Pusat Sejarah Brunei. Antaranya poster pameran Sejarah Awal Brunei, demonstrasi penyusunan salasilah, jualan buku-buku terbitan Pusat Sejarah Brunei, uji pengetahuan melalui kuiz sejarah dan peraduan mewarna khas buat murid kindergarten, tahun 1, tahun 2 dan tahun 3.
Attachments
Created at 10/6/2022 9:30 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/6/2022 9:49 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali