Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Kongsi Ilmu Seni Khat Jawi Bersama Generasi Muda



Lebih banyak gambar di sini

Khamis, 13 Oktober 2022 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) melalui Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran berserta Bahagian Perkhidmatan dan Pameran hari ini telah menganjurkan Bengkel Seni Khat Jawi selama sehari, yang berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, PSB, di ibu negara.
 
Hadir selaku tetamu khas, Pengetua PSB, Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.
 
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Awang Muhammad Alif bin Abdul Hafiz Din.
 
Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Ketua Program selaku wakil Head of School, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Saiful Rijal, Dayang Siti Umi Amirah binti Haji Ra'emi Maleek.
 
Beliau antara lain merakamkan penghargaan kepada dua orang pelajar IBTE School of Hospitality and Tourism yang terlibat untuk menjalankan bengkel berkenaan, iaitu Awangku Mohd Dinie Azri bin Pengiran Mohd Yusran; dan Awang Husme Nur'izzuddin bin Haji Layar.
 
"Adalah sangat diharapkan agar bengkel ini akan berjalan dengan lancar serta dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang terlibat," katanya.
 
Seramai 54 peserta mengikuti Bengkel Seni Khat Jawi berkenaan yang terdiri daripada para pensyarah dan pelajar dari Politeknik Brunei dan IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal.
 
Pada sebelah petang, acara diteruskan dengan Majlis Penyampaian Sijil kepada para peserta.
 
Penyampaian sijil  disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Pengetua PSB, Muhammad Faisal bin Haji Mat Salleh.
 
Antara objektif Bengkel Seni Khat Jawi berkenaan diadakan adalah untuk memberikan pengalaman, platform dan ilmu tentang seni khat Jawi kepada generasi muda dan memberikan peluang kepada pelajar Program Penempatan Kerja dari IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal yang membuat penempatan kerja di PSB menganjurkan bengkel, di samping mendedahkan mereka bagaimana melaksanakan projek berkenaan dengan kerjasama pegawai dan kakitangan PSB.



Attachments
Created at 10/18/2022 3:44 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/19/2022 3:51 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali