Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan Perhimpunan Pelajar Indonesia

Sabtu, 17 Disember 2022 - Pusat Sejarah Brunei menerima rombongan lawatan daripada Perhimpunan Pelajar Indonesia (PPI) petang hari ini.

Rombongan yang terdiri daripada Mahasiswa dan Mahasiswi Indonesia yang menuntut di Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali ini dialu-alukan oleh Yang Mulia Awang Hairizul Hisham bin Haji A. Metali.

Lawatan bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah Negara Brunei Darussalam. Rombongan juga tertarik dengan galeri salasilah yang mempamerkan kesinambungan kesultanan Brunei dengan Raja-Raja Alam Melayu dan panchir Rasulullah SAW.
Attachments
Created at 12/22/2022 5:18 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 12/22/2022 5:18 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali