Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan Sambil Belajar Program Khidmat Bakti Negara
 
Lebih banyak gambar di sini​​



Isnin & Selasa, 30 & 31 Januari 2023 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) menerima rombongan lawatan sambil belajar daripada pelatih-pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN). Seramai 260 orang terlibat dalam rombongan hari pertama dan 275 orang pada hari kedua.

Rombongan dialu-alukan oleh Timbalan Pengetua II, Pusat Sejarah Brunei, Yang Mulia Awang Muhammad Faisal bin Haji Mat Salleh. Rombongan kemudiannya mendengarkan taklimat mengenai Tugas dan Tanggungjawab PSB yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran, Yang Mulia Awang Muhammad syahmi bin Halimshah.

Ketua Unit Lawatan dan Pameran, PSB, Yang Mulia Dayang Hajah Siti Aisah binti Pungut memberikan taklimat mengenai galeri-galeri yang ada di PSB disamping demonstrasi perjalanan e-pameran melalui laman sesawang rasmi jabatan.
Attachments
Created at 2/1/2023 9:25 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 2/1/2023 9:30 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali