Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Majlis Sambutan Penubuhan PSJD ke-63 Tahun

Lebih banyak gambar di sini​


​Isnin, 01 Mei 2023 - Majlis Sambutan Penubuhan Pakatan Sang Jati Dusun (PSJD) ke-63 tahun dan Forum Sejarah Kesultanan Brunei dan Peranan Masyarakat Brunei pada zaman silam telah diadakan pada hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei. YM Dr. juga memberikan ucapan  khas dan ulasan ringkas mengenai Sejarah Kesultanan Brunei dan Peranan Masyarakat Brunei pada zaman silam.

Majlis kemudinnya diisikan dengan Forum Sejarah Kesultanan Brunei dan Peranan Masyarakat Brunei pada zaman silam dengan membawakan empat orang ahli panel.

Empat orang ahli berkenaan ialah Yang Mulia Awang Dandan bin Setia (Mukim Bukit Sawat); Yang Mulia Awang Haji Muhammad Syafien bin Yandol (Padnunok/Kiudang/Lamunin); Yang Mulia Awang Azman bin Haji Ismail (Telisai/Danau); Yang Mulia Awang Lahan bin Aja (Kebia/Birau/Bakiau/Pengkalan Mau, Batang Mitos/Bebuloh); dan Yang Mulia Awang Eyad Samban bin Nyawa selaku moderator.

Forum ini berlangsung di Dewan PJSD, Kampong Padang Bukit Udal, Tutong.
Attachments
Created at 5/25/2023 12:21 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 5/25/2023 12:25 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali