Rabu, 23 Oktober 2019 - Pusat Pengkajian Borneo (penBorneo) menerima rombongan lawatan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
Rombongan seramai 7 orang mahasiswi dialu-alukan oleh Penolong Pegawai Sejarah, Dayang Hajah Roziah binti Haji Ladi.
Lawatan bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai peranan utama penBorneo dalam memelihara dokumen bagi rujukan sumber sejarah.