Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Pameran Legasi Payung Negara Tarik Perhatian Pemandu Pelancong Negara


Selasa, 21 Julai 2020 - Lawatan yang dikendalikan oleh Jabatan Pelancongan ke Pusat Sejarah Brunei menarik perhatian pemandu pelancong (tour guide) untuk menyaksikan pameran Legasi Payung Negara dan tayangan videoRaja  Payung Negara.


Pameran dan tayangan dokumentari khas `Raja Payung Negara' (ehsan Radio Televisyen Brunei)   dibukakan untuk kunjungan orang ramai sebagai acara sampingan memeriahkan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 74 tahun.


   


Orang ramai yang berhasrat untuk mengunjungi pameran ini bolehlah datang ke Pusat Sejarah Brunei pada waktu berikut:-


Selasa, Rabu, Khamis & Sabtu
8:00 pagi - 11:00 pagi
2:00 petang - 4:00 petang

Ahad
8:00 pagi - 12:00 tengahari

Attachments
Created at 7/23/2020 8:15 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 7/23/2020 9:26 AM by Hanafi Salleh