Sabtu, 15 Ogos 2020 - Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi telah bekerjasama dengan Radio Televisyen Brunei bagi sama-sama menjayakan program dokumentari Sejarah Awal Islam di Brunei.
Dokumentari ini mengungkap tentang sejarah kedatangan awal Islam di negara ini semenjak zaman pemerintahan Sultan Brunei pertama, Sultan Muhammad Shah.
Antara bukti-bukti awal kemasukkan Islam yang diselitkan di dalam dokumentari ini ialah penggambaran di Makam Sultan Sharif Ali dan Makam Sultan Bolkiah di Kota Batu.