Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews

  
Description
Front page image
  
  

Rabu, 03 Februari 2021 - Sebagai aktiviti tahunan Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), seramai 89 orang pelajar dan guru sekolah berkenaan mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei. Turut berangkat bersama rombongan ialah cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.


2/3/2021 12:10 PM
  

Selasa, 02 Februari 2021 - Seramai 72 orang pelajar Pra-U dan 6 orang guru pengawas dari Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei.

R
ombongan dialu-alukan oleh Ketua Bahagian Pameran dan Perkhidmatan, Awang Muhammad Faisal bin Haji Mat Salleh, diikuti dengan taklimat mengenai Fungsi dan Peranan Pusat Sejarah Brunei yang disampaikan oleh Ketua Unit Lawatan dan Pameran, Dayang Hajah Siti Aisah binti Pungut.


2/3/2021 12:09 PM
  

Rabu, 27 Januari 2021 - Pusat Sejarah Brunei telah menerima lawatan rombongan daripada A Wing Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) ke-10. Rombongan ini telah dialu-alukan oleh Ketua Bahagian Pameran dan Perkhidmatan, Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh.

Seramai 119 pelatih telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan serta diberikan penerangan mengenai sejarah negara. Lawatan bertujuan bagi mendedahkan fakta dan nilai sejarah ke khalayak generasi muda agar mereka dapat menghargai nilai sebuah peristiwa lampau dan melahirkan rasa cinta terhadap negara.


1/27/2021 2:20 PM
  

Rabu, 30 Disember 2020 - Bagi menggalakkan kanak-kanak meminati sejarah dan memberigakan betapa pentingnya memelihara rekod sejarah, Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (PenBORNEO), Pusat Sejarah Brunei hari ini mengadakan Program Riang Ria Kanak-Kanak @ PenBORNEO 2020 buat julung kalinya. Program ini berlangsung di bangunan PenBORNEO, Kampong Anggerek Desa, Berakas pada pagi hari ini bermula jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari dengan penyertaan terhad seramai 40 orang kanak-kanak terdiri daripada mereka yang berusia  antara 6 hingga 12 tahun sahaja.


1/6/2021 12:06 PM
  

Rabu, 23 Disember 2020 - Seramai 2 orang imam dan 12 orang belia masjid Kampong Limau Manis petang tadi mengadakan lawatan tidak rasmi ke Pusat Sejarah Brunei.


Rombongan telah dialu-alukan oleh pemangku ketua Unit Pameran dan Lawatan, Dayang Rabi'atul 'Adawiyah binti Haji Suhaili disusuli dengan lawatan ke galeri-galeri yang dipandu oleh atendan pameran Pusat Sejarah Brunei.


12/27/2020 9:32 AM
  

23 Disember 2020 - Sekitar lebih kurang 30 orang anggota dari British Force Brunei telah mengunjungi Pameran Pusat Sejarah Brunei secara walk-in.


Rombongan tertarik dengan Pameran Legasi Payung Negara yang mana pameran ini mempamerkan perjalanan kehidupan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, perkembangan syiar Islam, pentadbiran dan pendidikan sejak zaman pemerintahan baginda.

12/27/2020 9:21 AM
  

Rabu, 23 Disember 2020 - Seramai 51 orang rombongan keluarga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan lawatan sambil belajar sempena cuti penggal persekolahan Disember 2020 ke Pusat Sejarah Brunei.

12/27/2020 9:02 AM
  

19 dan 20 Disember 2020, Pusat Sejarah Brunei telah mengadakan Hari Terbuka PSB bertempat di Pusat Sejarah Brunei. Berbagai aktiviti telah diadakan pada Hari Terbuka tersebut termasuk Kuiz Sejarah, Panggung Sejarah, Peraduan Mari Bercerita Sejarah, Bengkel Seni Khat, Pameran dan Gerai Jualan.




01.jpg

12/23/2020 8:50 AM
  

Selasa, 24 November 2020 - Pameran dan Bengkel Kaligrafi Islam kali ini memfokuskan kepada gabungan kaligrafi Islam dan lukisan ilustrasi kontemporari bertujuan untuk mengasah bakat dan mempertingkatkan kreativiti dan kualiti karya kesenian Islam yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan.


11/25/2020 9:41 AM
  

Isnin, 23 November 2020 - Lebih 130 pegawai, guru-guru dan penuntut Pra U1 Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) dalam Jurusan Syariah, Usuluddin dan Lughah menghadiri Ceramah Sejarah Melayu Islam Beraja (MIB) yang diadakan di Dewan Al-Azkiya SMALHB pada pagi tadi.

Ceramah tersebut disampaikan oleh Pegawai Sejarah Kanan, Pusat Sejarah Brunei (PSB), Awang Muhammad Faisal bin Haji Mat Salleh.


11/25/2020 7:04 AM
  

Sabtu, 21 November 2020 - Seramai lebih 60 orang tenaga pengajar dan pelatih Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei mengunjungi pameran Pusat Sejarah Brunei hari ini.

La
watan bertujuan bagi memberi kefahaman kepada para pelatih sebagai generasi muda akan kepentingan dan ristaan sejarah negara.



11/21/2020 2:13 PM
  

​Rabu, 18 November 2020 - Puan Yang Terutama Yu Hong, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam telah mengunjungi galeri pameran Pusat Sejarah Brunei . Penerangan lawatan ke galeri-galeri pameran tersebut disampaikan oleh Awang Faisal bin Haji Mat Salleh, Pegawai Sejarah Kanan, Ketua Bahagian Pameran dan Perkhidmatan. Lawatan bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.


11/18/2020 12:02 PM
  

​Sabtu, 7 November 2020 - Warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya menjalani Program Pemeriksaan Kesihatan sepanjang 07 hingga 14 November 2020. Program pemeriksaan ini bertempat di Dewan Digadong dan Dewan Citra Budaya, bangunan kementerian berkenaan.


11/18/2020 11:38 AM
  

Rabu, 21 Oktober 2020 - Sebagai kesinambungan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai diantara Pusat Sejarah Brunei bersama dengan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada bulan September 2020 yang lalu, projek penyelidikan biodata dan tokoh tersohor tempatan dan luar negara Insya-Allah akan mula dilaksanakan pada bulan November 2020 ini


10/21/2020 11:37 AM
  

Rabu, 21 Oktober 2020 - Persatuan BISTARI telah mengadakan lawatan berjadual ke Makam Sultan Muhammad Hasan, Sultan Brunei ke-9 yang terletak di Tanjung Chendana, Kg Sungai Bunga pagi hari ini.


10/21/2020 11:28 AM
  

Rabu, 21 Oktober 2020 - Pusat Sejarah Brunei pagi hari ini menerima seramai 59 orang rombongan lawatan daripada Pusat Kepimpinan dan Pengurusan, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PKP AP ABDB).


10/21/2020 11:27 AM
  

Sabtu, 17 Oktober 2020 - Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (PenBorneo), Pusat Sejarah Brunei hari ini menerima rombongan lawatan dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

Rombongan dialu-alukan dan diberikan taklimat oleh Mardiah binti Haji Ramli dan Muhammad Hefni bin Mahari.



10/17/2020 2:56 PM
  

Rabu & Khamis, 14 & 15 Oktober 2020 - Seramai 13 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei dan mahasiswa-mahasiswi Universiti Brunei Darussalam yang sedang menjalani program penempatan kerja di jabatan ini telah menghadiri Kursus Asas Pengendalian Dron (Unmanned Aerial System)


10/17/2020 11:42 AM
  

​Isnin, 12 Oktober 2020 - Dua orang pegawai Pusat Sejarah Brunei hari ini menghadiri sesi Taklimat dan Latihan Program Workplace & Health (WAH) bagi Perkhidmatan Awam 2020-2021.

S
esi taklimat dan latihan program bertempat di Studio 2, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Jalan Menteri Besar, Berakas.


10/13/2020 9:15 AM
  

​Rabu, 07 Oktober 2020 - Pusat Sejarah Brunei petang hari ini menerima lawatan sambil belajar dari rombongan pelajar Laksamana College of Business. Seramai 58 orang pelajar dan 3 guru turut serta dalam lawatan ini.


10/8/2020 8:11 AM
  

​Ahad,  4 Oktober 2020, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Christopher B. Montero telah mengadakan lawatan tidak rasmi ke galeri Pameran Pusat Sejarah Brunei yang diiringi oleh seorang pegawai daripada kedutaan berkenaan.

IMG-20201004-WA0051.jpg

10/5/2020 1:01 PM
  

​Pada 29 dan 30 September 2020, seramai 38 orang pemandu pelancong telah mengadakan lawatan ke Makam Sultan Bolkiah dan Makam Sultan Sharif Ali di Kota Batu. Lawatan ini adalah aturcara yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Penerangan mengenai Makam Sultan Bolkiah dan Makam Sultan Sharif Ali telah disampaikan oleh pegawai Pusat Sejarah Brunei.

IMG-20200930-WA0053.jpg

10/1/2020 12:27 PM
  


Pada 29 September 2020, seramai 29 peserta Bengkel Asas Pemuliharaan Manuskrip dan Digitalisasi anjuran Jabatan Muzium-Muzium Brunei telah mengadakan lawatan ke Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO). Lawatan ini bertujuan bagi mengongsikan mengenai jenis koleksi bahan-bahan manuskrip yang terdapat di penBORNEO serta asas pemeliharaannya kepada para peserta bengkel.

Para peserta terdiri daripada kakitangan Pusat Sejarah Brunei (PSB), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Ukur, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kementerian Pertahanan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Adat Istiadat Negara, Pusat Da'wah Islamiah, Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).


IMG-20200929-WA0083.jpg

10/1/2020 12:16 PM
  

​Pada 29 September 2020, seramai 29 peserta Bengkel Asas Pemuliharaan Manuskrip dan Digitalisasi anjuran Jabatan Muzium-Muzium Brunei mengadakan lawatan sambil belajar ke Galeri Pameran Pusat Sejarah khususnya di Galeri Manuskrip Broneo. Lawatan bertujuan bagi mengongsikan mengenai jenis koleksi bahan-bahan manuskrip yang dipamerkan di galeri pameran tersebut. Para peserta terdiri daripada kakitangan Pusat Sejarah Brunei (PSB), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Ukur, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kementerian Pertahanan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Adat Istiadat Negara, Pusat Da'wah Islamiah, Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 

 


IMG-20200929-WA0073.jpg

10/1/2020 12:08 PM
  

​Khamis, 24 September 2020, seramai 26 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Pengkajian Borneo di Blok 31 Anggerek Desa. Lawatan di alu alukan oleh Dayang Mardiah bte Hj Ramli, Pegawai Sejarah dan Awang Mohd Hefni bin Mahari, Pegawai Sejarah. 

IMG-20200924-WA0037.jpg

9/26/2020 9:10 AM
  

Rabu, 23 September 2020 - Seramai lima pelajar dan tiga guru dari Sekolah Rendah Rataie, Mukim Bokok, Daerah Temburong meluangkan masa untuk mengunjungi dewan pameran Pusat Sejarah Brunei.


9/24/2020 12:13 PM
  

Rabu, 16 September 2020 - Bersempena dengan cuti sekolah ini, rombongan daripada anak-anak anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah membuat lawatan ke Pusat Sejarah Brunei. Lebih dari 20 orang yang menyertai rombongan ini terdiri daripada kanak-kanak dan pengiring dapat menimba ilmu mengenai sejarah negara.


9/24/2020 12:12 PM
  

​Selasa, 15 September 2020, seramai 50 orang rombongan daripada Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT) Biro Pendidikan Belia telah mengadakan lawatan sambil belajar bagi mengisikan masa cuti persekolah di negara ini.

IMG-20200915-WA0052.jpg

9/16/2020 8:48 AM
  

​Sabtu, 12 September 2020, pegawai dan kakitangan PSB mengadakan aktiviti setiap hari Sabtu jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi bagi membisaikan taman landskap PSB. Aktiviti  ini dilaksanakan bagi menanamkan semangat berkerjasama dan sama-sama bertanggungjawab memelihara kawasan landskap supaya senantiasa cantik, bersih, selesa dan menarik bagi kunjungan pelawat ke Galeri PSB.

IMG-20200908-WA0027.jpg

9/12/2020 1:34 PM
  

​31 Ogos hingga 2 September 2020, seramai 5 pegawai Pusat Sejarah Brunei telah menghadiri Kursus Fire Marshall yang diadakan selama 3 hari bertempat di Bilik Kuliah PRO, HQ, Ibu Pejabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang, Berakas.

IMG-20200909-WA0044.jpg

9/12/2020 8:39 AM
1 - 30Next