Ahad, 08 Sept 2019
- Bersempena dengan Aktiviti Keluarga Sempena Riadah Berbasikal Hari
Keputeraan 2019, Pusat Sejarah Brunei turut serta memeriahkan acara
tersebut yang mengambil tempat di Taman Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien,
di ibu negara.
Dengan
tema "Belia Ceria Keluarga Bahagia", aktiviti yang dikendalikan ini
berbentuk kekeluargaan yang memberikan ruang kepada setiap pengunjung
untuk mengeratkan silaturrahim diantara sesama keluarga dengan mengikuti
permainan yang diadakan disamping menimba ilmu mengenai sejarah negara.
Sudut Pusat Sejarah Brunei mengendalikan aktiviti Roda Sejarah, Silang Kata dan Kuiz Sejarah dalam bentuk tulisan jawi.
Untuk melihat lebih banyak gambar kegiatan berkenaan, awda boleh menekan pautan ini.