Sabtu, 29 Februari 2020 - Majlis pelancaran buku bertajuk "Dalam Cermin Sejarah: Antologi Puisi" telah dirasmikan hari ini oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis bertempat di Tarindak D'Seni, di ibu negara.
Sebanyak 56 buah nukilan Puisi khas telah dimuatkan daripada 56 orang penulis Negara Brunei Darussalam sebagaai ristaan 50 tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.