Ahad, 07 Mac 2021 - Majlis Pelancaran Buku Terbitan Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) dan Perasmian Mesyuarat Agung PESEBAR ke-8, tahun 2021 anjuran bersama Pusat Sejarah Brunei dan PESEBAR telah berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei petang hari ini.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mejar (B) Dato Paduka Seri Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Suratul Fatihah dan doa selamat diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada pemangku Yang Di-Pertua PESEBAR, Yang Mulia Dr Haji Muhammad Hadi bin Melayong.
Lebih banyak gambar di sini