Lebih banyak gambar di sini
Khamis, 9 Februari 2023- Majlis Pelancaran Pusat Sejarah Brunei Sebagai Pusat Kecemerlangan Sejarah dan Kesultanan Brunei; dan Pelancaran Bilik Koleksi Sumber Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Profesor Kehormat Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa. Seterusnya ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dr Awang Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei.