Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Lawatan Rasmi Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke Pusat Sejarah Brunei

Selasa, 25 Jun 2024 - Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah Mohd. Sanusi dan rombongan mengadakan Lawatan Kunjungan Muhibbah ke Pusat Sejarah Brunei.

Turut mengiringi Tuan Yang Terutama ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha selaku Menteri Pengiring.

Hadir bagi mengalu-alukan ketibaan rombongan ialah Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei.

 

Tuan Yang Terutama dan isteri serta rombongan memulakan lawatan dengan mengunjungi galeri-galeri pameran Pusat Sejarah Brunei bermula dengan Dewan Pameran Salasilah; Galeri Koleksi Manuskrip Borneo; Galeri Sejarah Brunei Tua, Galeri Perlembagaan; Pameran Tiga Dekad Negaraku Brunei Darussalam dan Galeri Era Kegemilangan Brunei.

Tuan Yang Terutama turut menandatangani buku lawatan, diikuti dengan penyerahan salasilah, penyampaian cenderamata dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai.







Attachments
Created at 7/1/2024 9:43 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 7/1/2024 9:45 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali