Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Cabaran Larian Sejarah Brunei 2024

Ahad, 25 Ogos 2024 - Dalam usaha menjadikan Bandar Seri Begawan sebagai "One-stop Centre" bagi sejarah dan warisan; dan bagi menyahut usaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam mendukung kempen Kejohanan BN on the Move 2024 anjuran Kementerian Kesihatan,  Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menganjurkan program Cabaran Larian Sejarah Brunei 2024 (CLSB 2024) bagi kali yang ketiga sejak pertama kali ia dianjurkan iaitu pada tahun 2019.

Acara dimulakan dengan sesi senamrobik kemudian diikuti dengan lafaz perasmian larian yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir Yang Mulia Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Mulia Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Pengetua Pusat Sejarah Brunei.

Seramai 42 kumpulan telah menyertai program berkenaan yang mana sepuluh (10) kumpulan daripadanya telah memenangi cabaran larian tersebut. 

Kumpulan 031 yang dianggotai oleh Md. Najmuddin bin Mohamad, Md. Rusydi bin Haji Yusly dan Md. Nor Hafiz bin Haji Abdul Wahab muncul juara dengan membawa pulang hadiah BND900. Naib johan disandang oleh Kumpulan 035 menerima hadiah BND600 dan tempat ketiga diraih oleh Kumpulan 002 menerima hadiah BND400. Masing-masing menerima pingat, sijil dan keahlian Fitness Zone secara percuma selama satu (1) bulan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat program berkenaan.
Attachments
Created at 8/30/2024 11:49 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 8/30/2024 11:49 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali