Selasa, 25 Oktober 2022 - Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan pelajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Saiful Rijal yang menjalani penempatan kerja di Pusat Sejarah Brunei pagi hari ini mengadakan lawatan sambil belajar ke Biro Kawalan Narkotik (BKN), Tungku.
Lawatan bertujuan untuk menimba lebih banyak pengetahuan mengenai fungsi dan peranan BKN sebagai agensi kerajaan untuk membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah terlarang di negara ini.
Rombongan berkesempatan mengunjungi ruangan pameran sebagai pendekatan mengenali suasana yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah serta mengenal jenis-jenis dadah yang sering digunakan.