Sabtu, 12 November 2022 - Bagi mengisi aktiviti hujung tahun persekolahan 2022, Sekolah Rendah Pusar Ulak, Bandar Seri Begawan mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei dengan rombongan yang terdiri daripada 103 orang murid dan 13 orang guru.
Rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Hajah Siti Aisah binti Pungut, Ketua Unit Lawatan dan Pameran PSB diikuti dengan taklimat tugas dan tanggungjawab PSB yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Syahmi bin Halimshah, Ketua Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran.
Rombongan juga berkesempatan mengadakan lawatan ke galeri-galeri PSB dan dibantu oleh jurupandu pameran.