Khamis, 25 Mei 2023 - Seramai 32 orang guru-guru dan kakitangan Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong, Kluster 2 telah mengadakan lawatan ke Pusat Sejarah Brunei.
Rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei. Taklimat tugas dan tanggungjawab pula disampaikan oleh Yang Mulia Hajah Siti Aisah binti Pungut, Ketua Unit Lawatan dan Pameran.
Rombongan juga mempunyai kesempatan mengadakan sesi soal-jawab bersama tuan pengetua yang kemudiannya diikuti dengan aktiviti penyusunan salasilah dan lawatan ke galeri-galeri.