Ahad, 09 Julai 2023 - Pusat Sejarah Brunei telah mengadakan Program Riadah Berbasikal Menyusuri Makam dan Tempat-Tempat Bersejarah di sekitar Bandar Seri Begawan.
Program ini diisikan dengan penyampaian Taklimat Sejarah Makam dan Tempat-Tempat Bersejarah di Bandar Seri Begawan yang disampaikan oleh Awang Mohamad Hazim bin Haji Hashim, Kurator Sejarah, Pusat Sejarah Brunei.
Riadah berbasikal ini diketuai oleh Dr. Haji Muhammad Hadi bin Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei bersama pegawai dan kakitangan PSB. Turut menyertai program ini ialah seramai 7 orang sahabat karib pengetua PSB.
Laporan asal: Adibah Mohd Jaafar