Rabu, 6 Mac 2024 - Program Forum Bersama Belia telah berlangsung pada Rabu, 25 Syaaban 1445 Hijrah bersamaan 6 Mac 2024, pukul 2.00 petang dan bertempat di Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
Forum ini bertemakan Memupuk Sifat Kesukarelawanan Dalam Kalangan Belia yang membincangkan mengenai kepentingan dalam memupuk sifat kesukarelawanan dari sudut pandang dan perspektif belia.
Forum ini merupakan salah satu pengisian bagi program 'Negaraku Kebanggaanku' anjuran UNISSA bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-40 bagi tahun 2024.
Laporan asal: Dr Mardiah Ramli