Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Kursus Kaligrafi Islam Turkiye Seni Riq'ah


29 April 2024 - Kedutaan Republik Turkiye di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Yunus Emre Institute (YEE) dan Pusat Sejarah Brunei (PSB) mengadakan Kursus Kaligrafi Islam Turkiye Seni Riq'ah. Kursus berkenaan bermula pada 29 April 2024 hingga 8 Julai 2024 pada setiap hari Isnin.

Hadir semasa perasmian kursus berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turkiye ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Profesor Dr Hamit Ersoy; Pengetua PSB, Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, pegawai-pegawai kanan dari PSB dan Kedutaan Republik Turkiye di Negara Brunei Darussalam serta para peserta kursus yang terdiri daripada orang awam dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).





Informasi disediakan oleh Muhammad Syahmi
Attachments
Created at 5/24/2024 9:07 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 5/24/2024 9:07 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali