Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan Kedutaan China ke PenBORNEO
 

Khamis, 2 Mei 2024 - Pusat Pengkajian Borneo menerima lawatan rombongan daripada Kedutaan Republik  Rakyat China seramai 12 orang dan diketuai oleh TYT Xiao Jianguo, Duta Besar Mutlak Republik Rakyat China. Hadir mengiringi rombongan ialah Dr. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei; Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua; pegawai-pegawai dan kakitangan Bahagian Pusat Pengkajian Borneo serta Ambrose Nathan dan David Bujang.

Ambrose Nathan dan David Bujang merupakan pemilik-pemilik koleksi bahan artifak borneo. Acara dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah dan kemudian diikuti dengan sesi taklimat mengenai pengenalan Pusat Pengkajian Borneo. Selepas sesi taklimat, acara diteruskan dengan sesi lawatan ke Galeri Citra Borneo dan mini pameran artifak borneo. Acara diakhiri dengan penyampaian cenderamata daripada kedua-dua pihak dan sesi bergambar ramai.



Informasi disediakan oleh Dr. Mardiah
Attachments
Created at 5/24/2024 9:31 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 5/24/2024 9:31 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali