Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Hari Pertama Peringkat Saringan Pertandingan Pidato Sejarah Piala Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Kali Ke-4, Tahun 2024



​Selasa, 2 Julai 2024 - Sebagai usaha dalam menarik minat belia dan generasi muda dalam mencintai dan menghayati sejarah, Pusat Sejarah Brunei telah menganjurkan Pertandingan Pidato Sejarah Piala Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Kali Ke-4 Tahun 2024, Peringkat Saringan.

Peringkat saringan berlangsung selama tiga (3) hari iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu (2, 4 & 6 Julai 2024) di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei.

Pertandingan yang membawakan tema "Sejarah Pemangkin Kemajuan Negara" itu disertai oleh seramai 43 peserta yang bertanding bagi dua (2) kategori iaitu kategori A terdiri daripada belia berumur 18 hingga 35 tahun dan kategori B terdiri daripada pelajar Tahun 9, Tahun 10 dan Tahun 11 peringkat sekolah-sekolah menengah kerajaan dan swasta di Negara Brunei Darussalam.

Daripada 43 peserta tersebut, 12 peserta bertanding bagi kategori A manakala 31 peserta lagi bagi kategori B.

Pada hari pertama peringkat saringan hari ini, seramai 15 peserta telah mempersembahkan pidato mereka iaitu 12 peserta bagi kategori A dan tiga (3) peserta bagi kategori B.

Hadir selaku Tetamu Khas ialah Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Pengetua Pusat Sejarah Brunei.

Pertandingan dihakimi oleh empat (4) orang hakim iaitu Dr. Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos; Dr. Siti Badriyah binti Haji Mohd. Yussof; Haji Rosli bin Haji Ampal dan Mohammed Zefri Ariff bin Mohammed Zain Ariff.

Peringkat saringan akan diteruskan lagi pada hari kedua iaitu hari Khamis, 4 Julai 2024 dengan mempertandingkan 19 persembahan pidato daripada peserta kategori B.







Attachments
Created at 7/5/2024 10:36 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 7/5/2024 10:36 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali