Selasa, 2 Julai 2024 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan seramai 15 orang daripada rombongan Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPD RI). Rombongan diketuai oleh Komisaris Jenderal Polisi (Purn.) Dr. Made Mangku Pastika, M.M., anggota DPD RI Provinsi Bali.
Mengalu-alukan kehadiran rombongan ialah Yang Mulia Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh , Pemangku Pengetua Pusat Sejarah Brunei.