Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Lawatan Sekolah Rendah Mata-Mata


08 dan 10 Oktober 2019 - Pusat Sejarah Brunei menerima rombongan lawatan sambil belajar dari Sekolah Rendah Mata-Mata Gadong.


Kehadiran rombongan seramai 45 orang pada 08 Oktober dan 41 orang pada 10 Oktober dialu-alukan ‚Äčoleh Ketua Unit Lawatan, Hajah Siti Aisah binti Pungut disusuli dengan taklimat mengenai fungsi dan peranan Pusat Sejarah Brunei yang disampaikan oleh Pegawai Sejarah Kanan, Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad.


 

Bagi mendedahkan rombongan dengan antara tugas jabatan dalam pengkajian sejarah, rombongan diberikan peluang untuk menyaksikan beberapa demonstrasi dan teknik pemeliharaan yang dikendalikan oleh Unit Salasilah, Unit Takapan dan Pusat Pengkajian Borneo.


Rombongan juga turut dibawa melawat ke dewan pameran.


Attachments
Created at 10/12/2019 9:19 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/12/2019 9:19 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali