Isnin, 21 Oktober 2019 - Seramai 10 orang delegasi media China mengadakan lawatan ke Pusat Sejarah Brunei. Rombongan dialu-alukan oleh Pemangku Timbalan Pengetua, Awang Hanafi bin Haji Salleh dan pegawai-pegawai kanan serta pegawai sejarah.
Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang sejarah Brunei melalui galeri-galeri pameran yang terdapat di Pusat Sejarah Brunei.
Rombongan ini antara lain menyaksikan Pameran Legasi Payung Negara, Pameran Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dan Galeri Era Kegemilangan Brunei.