Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan Rombongan Muslimah Masjid Kampung Masin

Sabtu, 17 Ogos 2024 - Seramai 31 orang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Takmir (AJKT) Masjid, Muslimah, belia, beliawanis dan jemaah Masjid Kampung Masin baru-baru ini membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei (PSB).
 
Rombongan diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Masin, Awang Jeffry bin Haji Metassim.
 
Lawatan tersebut adalah salah satu daripada program aktiviti berkala takmir masjid berkenaan sempena cuti penggal persekolahan.
 
Rombongan dialu-alukan oleh Pemangku Ketua Bahagian Pameran dan Perkhidmatan, Dayang Hajah Siti Aisah binti Pungut yang juga menyampaikan taklimat ringkas mengenai PSB yang mempunyai enam bilik pameran.
 
Sementara itu, Atendan Pameran PSB, Elbisaiful Razaimie bin Mohd Ali pula menyampaikan taklimat mengenai 'Sejarah Awal Islam dan Salasilah Kerajaan Brunei'.


 
Seterusnya rombongan juga dibawa melawat ke semua balai pameran yang terdiri daripada Dewan Pameran Salasilah, Galeri Koleksi Manuskrip Borneo, Galeri Era Kegemilangan Brunei, Galeri Perlembagaan Negeri Brunei Tahun 1959, Galeri Sejarah Awal Hubungan Negeri Brunei dan Negara Luar, dan akhir sekali Galeri Sejarah Brunei Tua.
 
Rombongan juga melawat Muzium Alat Kebesaran Diraja yang terletak bersebelahan dengan Jabatan Adat Istiadat Negara dan PSB.
 
Dengan adanya lawatan tersebut, ia diharap dapat memberikan pengetahuan dan gambaran lebih jelas kepada rombongan mengenai sejarah Negara Brunei Darussalam secara lebih meluas di samping memberikan pendedahan kepada mereka mengenai fungsi, tugas dan tanggungjawab PSB.

Dipetik dari Pelita Brunei
Attachments
Created at 10/8/2024 10:16 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/8/2024 10:17 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali