Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Program Kongsi Ilmu Pemeliharaan dan Pemuliharaan Rekod @ PenBORNEO



​Isnin, 19 Ogos 2024 - Seramai 36 peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan menyertai Program Kongsi Ilmu Pemeliharaan dan Pemuliharaan Rekod @ penBORNEO yang diadakan di bangunan Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO).

Sesi kongsi ilmu disampaikan oleh Awang Muhammad Ataillah bin Haji Julaihi, Pegawai Pemeliharaan Pusat Sejarah Brunei, yang telah menjalani Program Penempatan Kerja di Bahagian Pemuliharan, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Kuala Lumpur selama sebulan.

Hadir selaku Tetamu Khas ialah Yang Mulia Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad, Pemangku Pengetua Pusat Sejarah Brunei.
Attachments
Created at 10/8/2024 10:25 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/8/2024 10:25 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali