Khamis, 22 Ogos 2024 - Seramai empat (4) orang kakitangan Pusat Sejarah Brunei telah menyertai Bengkel Single Camera Production and Operation yang dianjurkan oleh Radio Televisyen Brunei (RTB). Bengkel diadakan di Pusat Perkembangan Penyiaran, RTB selama empat (4) hari bermula 19 hingga 22 Ogos 2024.
Melalui bengkel ini, peserta didedahkan dengan tatacara penerbitan Single Camera Production and Operation di samping keperluan perancangan dan persediaan dalam menjayakan sesebuah rancangan.