Sabtu, 07 September 2024 - Pusat Sejarah Brunei menerima rombongan lawatan singkat daripada 12 anggota Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang kini sedang menjalani Exercise Airguard 28/24 di Negara Brunei Darussalam hingga 16 September 2024.
Lawatan merupakan aktiviti sampingan latihan berkenaan bagi menambah ilmu pengetahuan sejarah silam, perkembangan dan hubungan Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara luar.