Rabu, 11 September 2024 - Pusat Sejarah Brunei menerima lawatan sambil belajar daripada 100 orang peserta Kursus Sejarah Islam terdiri daripada warga Kementerian Pertahanan; Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan tenaga pengajar, anjuran Jabatanarah Agama, ABDB.
Tujuan lawatan adalah untuk menimba ilmu dan memupuk minat para peserta kursus dalam mengenali dan mengetahui dengan mendalam mengenai sejarah Islam di Negara Brunei Darussalam.