Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Bengkel Pembangunan Kapasiti Bagi Profesional Dalam Pemeliharaan Warisan

  

​Isnin-Khamis, 9-12 September 2024 - Seramai tiga (3) orang pegawai Pusat Sejarah Brunei menyertai Bengkel Pembangunan Kapasiti bagi Profesional dalam Pemeliharaan Warisan bertempat Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Bengkel bertujuan untuk mempertingkat kapasiti pakar dan pengamal yang berkepentingan dalam pemeliharaan dan perlindungan hal ehwal warisan budaya di Negara Brunei Darussalam. Bengkel juga dihasrat akan menjadi sebagai salah satu panduan ke arah satu penyediaan senarai warisan budaya peringkat kebangsaan yang berpotensi bagi pencalonan Islamic World Heritage List (IWHL).

Attachments
Created at 10/30/2024 5:59 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/30/2024 5:59 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali