​Sabtu, 28 September 2024 - Pusat Sejarah Brunei menyertai program Perjalanan Kebudayaan di Sekolah Rendah Katok B sempena Majlis Penutup Minggu Mata Pelajaran Melayu Islam Beraja (MIB). Acara diadakan di dewan sekolah berkenaan dan dihadiri oleh 485 orang murid. Pelbagai aktiviti diungkayahkan daripada Jabatan Muzium-Muzium; Dewan Bahasa dan Pustaka; Pusat Pembangunan Belia; dan Bahagian Kesenian dan Kebudayaan.