Ahad, 6 Oktober 2024 - Bengkel Melukis Abstrak oleh para pelukis Uciran Calak Brunei telah berlangsung di kawasan pintu utama Pusat Sejarah Brunei bermula pukul 7.00 hingga 10.00 pagi disertai oleh 16 orang peserta.
Bengkel anjuran kerjasama Pusat Sejarah Brunei dengan Creative Space ini adalah sempena Pameran Uciran Calak Brunei: Pameran Seni Lukis Abstrak 8 Seniman Tempatan yang masih dibukakan bagi kunjungan orang ramai sehingga 7 Oktober 2024.