

Sabtu, 18 Januari 2025 - Taklimat Melayu Islam Beraja (MIB), Sejarah Kesultanan Brunei; dan Peranan dan Fungsi Pusat Sejarah Brunei telah dihadiri oleh seramai 40 orang mahasiswa/i/graduan Skim Biasiswa Kerajaan, Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan dan pelajar persendirian Brunei Darussalam dari universiti Australia, New Zealand dan Malaysia yang sedang menjalani percutian dwitahunan.

Taklimat disampaikan oleh Pengetua dan Pegawai Pusat Sejarah Brunei dan merupakan sebahagian daripada pengisian Kursus Tarbiyah Al-Ihsan kelolaan Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan. Taklimat diadakan di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei.