
Selasa, 25 Februari 2025 - Majlis Semarak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-41 anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi tahun 1446/2025 dihadiri oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Tetamu Kehormat Majlis.
Hadir menyampaikan sesi bual bicara selaku nara sumber ialah Pengetua Pusat Sejarah Brunei dengan tajuk “Peranan Sistem Beraja dalam Mempertahankan Islam: Dari Perspektif Sejarah”. Majlis berlangsung di Dewan Musyawwarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.