Rabu, 26 Februari 2025 - Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-41, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menganjurkan Semarak Hari Kebangsaan dengan mengadakan Program Keagamaan Senegara (PKS) bagi bulan Februari 2025.
Program diserikan dengan forum bertajuk “Negara Brunei Darussalam: Menuju Ke Arah Kemerdekaan” yang disampaikan oleh tiga (3) ahli panel iaitu Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei; dan dua (2) orang Pegawai Sejarah iaitu Awang Muhammad Hefni bin Mahari dan Dayang Farahaina binti Anchong. Moderator forum ialah Awang Haji Mohammad Jaya bin Haji Metussin daripada Jabatan Pengajian Islam.
Forum berkenaan diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi berlangsung di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah yang mana sesi berkenaan turut disertai secara maya oleh Sekolah-Sekolah Arab dan Ugama seluruh negara.