Sabtu, 27 Februari 2021 - Seramai 326 orang murid dan guru Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Rancangan Perumahan Negara Mentiri telah menghadiri Program Perjalanan Kebudayaan yang diadakan di dewan sekolah berkenaan.
Program sehari suntuk ini dikendalikan oleh Bahagian Kesenian dan Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan disertai oleh Pusat Sejarah Brunei, Jabatan Muzium-Muzium dan Pusat Pembangunan Belia.
![](/SiteAssets/Gambar%20Untuk%20Laporan/Gambar%20Untuk%20Ruangan%20Aktiviti/27%20Februari%202021%20-%20Perjalanan%20Kebudayaan%20ke%20Sekolah%20Rendah%20Dato%20Mohd%20Yassin,%20Mentiri/27022021%20Sekolah%20Mentiri%20(3).jpg)