| | Sabtu, 27 Mei 2023 - Kira-kira 300 orang pelajar telah menghadiri program 'Kembara Sejarah' di Dewan Serbaguna IBTE Kampus Agro-Teknologi, Wasan yang dianjurkan oleh Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama IBTE Kampus Agro-Teknologi, Wasan.
Program ini merupakan inisiatif pendidikan untuk menyebarluaskan fakta dan meningkatkan pengetahuan pelajar melalui taklimat dan aktiviti yang dikendalikan.
| .jpg)
| 5/28/2023 11:36 AM |
| | Jumaat, 26 Mei 2023 - Bagi mendidik diri para belia untuk mengerjakan solat berjemaah di masjid, Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Dakwah Islamiah dan belia-belia masjid telah menganjurkan Program Wira Fajar.
| .jpg)
| 5/28/2023 11:22 AM |
| | Khamis, 25 Mei 2023 - Seramai 32 orang guru-guru dan kakitangan Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong, Kluster 2 telah mengadakan lawatan ke Pusat Sejarah Brunei.
Rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei.
| .jpg)
| 5/28/2023 11:13 AM |
| | Rabu, 24 Mei 2023 - Seramai 04 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif 'Ali (UNISSA) yang menjalani program penempatan kerja di Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (PenBorneo) mengikuti Bengkel Transliterasi Arab-Melayu.
| .jpg)
| 5/28/2023 11:04 AM |
| | Selasa, 23 Mei 2023 - Pusat Sejarah Brunei petang hari ini menerima rombongan lawatan daripada warga Sekolah Rendah Amar Pahlawan Kluster 3.
Lawatan yang terdiri daripada 36 orang guru-guru dan kakitangan sekolah berkenaan dialu-alukan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Syahmi bin Halimshah, Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei.
| | 5/28/2023 10:51 AM |
| | Isnin, 01 Mei 2023 - Majlis Sambutan Penubuhan Pakatan Sang Jati Dusun (PSJD) ke-63 tahun dan Forum Sejarah Kesultanan Brunei dan Peranan Masyarakat Brunei pada zaman silam telah diadakan pada hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei.
| .jpg)
| 5/25/2023 12:21 PM |
| | Rabu, 05 April 2023 - Seramai 11 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya (UM) dan 7 orang perwakilan dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei (PSB).
| 
| 4/12/2023 12:58 AM |
| | Selasa, 21 Mac 2023 - Lebih 120 orang warga Sekolah Seri Mulia Sarjana mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei.
Rombongan dialu-alukan oleh Awang Muhammad Syahmi bin Halimshah, Ketua Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran.
| .jpg)
| 3/31/2023 4:33 PM |
| |
Isnin, 20 Mac 2023 - Pusat Sejarah Brunei mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong sempena Memperingati Penubuhan Pusat Sejarah Brunei ke 41 Tahun.
| 
| 3/26/2023 12:44 PM |
| | Khamis, 16 Mac 2023 - Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD), Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Majlis Belia Brunei (MBB) telah mengadakan Forum Bersama Belia Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39. Majlis ini berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei.
| 
| 3/26/2023 12:38 PM |
| | Selasa, 14 Mac 2023 - Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei telah diundang selaku ahli panel bagi Forum Keagamaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39, Tahun 2023.
| .
| 3/26/2023 12:32 PM |
| | Isnin, 13 Mac 2023 - Ahli Takmir Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun dengan kerjasama Pusat Sejarah Brunei telah menganjurkan Majlis Semarak Hari Kebangsaan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39, Tahun 2023.
| | 3/26/2023 11:21 AM |
| | Rabu, 01 Mac 2023 - Lebih 80 orang pelajar Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei. Pelajar berpeluang mempelajari sejarah negara dan kepentingannya untuk dijadikan sebagai pengetahuan generasi muda.
| 
| 3/11/2023 10:45 PM |
| | Selasa, 28 Februari 2023 - Pusat Sejarah Brunei turut serta mengikuti program Perjalanan Kebudayaan ke Perkhemahan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Kampong Batu Apoi, Daerah Temburong bersama dengan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
| 
| 3/11/2023 10:31 PM |
| | Selasa, 28 Februari 2023 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) petang hari ini menerima lawatan sambil belajar daripada guru dan pelajar Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS). Rombongan ini berpeluang menimba pengetahuan mengenai sejarah negara melalui lawatan ke galeri-galeri PSB termasuk galeri berkala baharu, Pameran Tiga Dekad Negaraku Brunei Darussalam.
| 
| 3/11/2023 10:21 PM |
| | Isnin, 27 Februari 2023 - Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) dan Persatuan Filateli Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Program Bicara Sejarah: The Postal History of Brunei 1895-1988 yang berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei.
| .jfif)
| 3/11/2023 10:11 PM |
| | Sabtu, 25 Februari 2023 - Pusat Sejarah Brunei turut serta memeriahkan program Perjalanan Kebudayaan ke IBTE Nakhoda Ragam sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39, tahun 2023.
| 
| 2/26/2023 4:12 PM |
| | Isnin, 20 Feb 2023 - Perjumpaan bersama Puan Ito Yuka, daripada Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam. Beliau turut melawat ke galeri-galeri pameran Pusat Sejarah Brunei yang diringi oleh Tuan Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei.
| 
| 2/26/2023 3:57 PM |
| | Khamis, 16 Feb 2023 - lawatan sambil belajar daripada peserta Global Discovery Programme dari UBD membawa bersama 5 orang mahasiswa/i dari Osaka University, Jepun.
| 
| 2/26/2023 3:43 PM |
| | Sabtu, 04 Februari 2023 - Pusat Sejarah Brunei telah mengadakan program Kembara Sejarah ke Sekolah Iqra, Manggis pagi hari ini. Program rutin ini merupakan langkah PSB untuk memasyarakatkan sejarah ke khalayak umum terutama kepada generasi muda.
| .jpg)
| 2/10/2023 6:49 PM |
| | Selasa, 31 Januari 2023 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) melalui Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan dan Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (penBorneo) mengadakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Lamin Warisan, Tanjong Maya, Daerah Tutong.
Aktiviti berkenaan dilaksanakan bertujuan meningkatakn ilmu pengetahuan dan kemahiran serta memupuk hubungan baik antara komuniti.
| .jpg)
| 2/2/2023 8:37 AM |
| | Isnin & Selasa, 30 & 31 Januari 2023 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) menerima rombongan lawatan sambil belajar daripada pelatih-pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN). Seramai 260 orang terlibat dalam rombongan hari pertama dan 275 orang pada hari kedua.
Rombongan dialu-alukan oleh Timbalan Pengetua II, Pusat Sejarah Brunei, Yang Mulia Awang Muhammad Faisal bin Haji Mat Salleh. | | 2/1/2023 9:25 AM |
| | Rabu, 25 Januari 2023 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) awal pagi hari ini menerima kunjungan perjumpaan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Kim Soung-eun.
TYT mengadakan perjumpaan dengan pengetua PSB, Yang Mulia Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong dan timbalan pengetua I, Yang Mulia Awang Hanafi bin Haji Salleh
| .jpg)
| 1/25/2023 11:00 AM |
| | Sabtu, 14 Januari 2023 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) membuka tirai tahun baru 2023 dengan mengadakan program Kembara Sejarah sebagai satu langkah untuk memberigakan sejarah ke pengetahuan orang ramai khususnya kepada pelajar dan warga sekolah.
Kali ini Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan (SPABSB) terpilih sebagai destinasi pertama di tahun 2023. | /14%20Jan%202023%20KS%20SPABSB%20(1).jpg)
| 1/16/2023 9:38 AM |
| | BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 26 Disember. - Pusat Sejarah Brunei (PSB) dengan kerjasama Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) dan Jabatan Muzium-Muzium Brunei, buat julung kalinya menganjurkan Program Menyusuri Sejarah Kitani. Program berkonsepkan pembelajaran, bersantai dan bersilaturahim atau 'knowledge, relaxing and friendship', bertemakan 'Sejarah Kitani Kebanggaan Kitani' itu adalah selaras dengan matlamat penubuhan PSB untuk mendekatkan sejarah kepada masyarakat.
| 
| 12/28/2022 10:38 AM |
| | Sabtu, 24 Disember 2022 - Majlis Pembentangan dan Penyampaian Sijil Program Penempatan Kerja kepada seramai 04 orang mahasiswa dan mahasiswi iaitu dua orang masing-masing dari Politeknik Brunei dan IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal yang telah menamatkan program Latihan Industri mereka selama 6 bulan di Pusat Sejarah Brunei.
| .jpg)
| 12/28/2022 10:32 AM |
| | Isnin, 19 Disember 2022 - Jabatan Pelancongan mengundang Pusat Sejarah Brunei dan Universiti Brunei Darussalam untuk menyampaikan taklimat folklore dan sejarah lisan kepada pemandu pelancong di bawah kawalan jabatan berkenaan.
Taklimat bertujuan untuk mengongsikan bahan sumber maklumat dan fakta sejarah kepada pemandu-pemandu pelancong untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang sejarah, warisan dan budaya negara.
| 
| 12/22/2022 5:34 PM |
| | Isnin, 19 Disember 2022 - Pusat Sejarah Brunei buat julung kalinya menganjurkan Program Menyusuri Sejarah Kitani yang akan berlangsung pada 26 Disember 2022.
Dengan tema Sejarah Kitani Kebanggaan Kitani, program ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MTMIB), Persatuan Motorsikal Darussalam (PEMODA) dan Jabatan Muzium-Muzium.
| .jpg)
| 12/22/2022 5:25 PM |
| | Sabtu, 17 Disember 2022 - Pusat Sejarah Brunei menerima rombongan lawatan daripada Perhimpunan Pelajar Indonesia (PPI) petang hari ini.
Rombongan yang terdiri daripada Mahasiswa dan Mahasiswi Indonesia yang menuntut di Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali ini dialu-alukan oleh Yang Mulia Awang Hairizul Hisham bin Haji A. Metali.
| %20di%20Negara%20Brunei%20Darussalam/17%20Dis%202022%20Lawatan%20PPI.jpg)
| 12/22/2022 5:18 PM |
| | 13 - 15 Disember 2022 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) turut serta memeriahkan acara hujung tahun dan cuti penggal persekolahan ketiga tahun 2022 melalui acara Fun At The Hub yang dikendalikan oleh Sparks Co.
Selama tiga hari berturut-turut, PSB mengadakan kuiz interaktif yang berkisar mengenai sejarah minyak di Brunei dan sejarah am. Disamping itu aktiviti susun suai gambar juga disediakan bagi menarik perhatian pengunjung.
| .jpg)
| 12/22/2022 5:06 PM |